>

13 August 2017

Penang Hill Heritage Trail, August 12 2017 : The Hiking PhotoStory

Foto-foto sekitar pedakian ke Bukit Bendera melalui Trek Warisan Bukit Bendera. Laluan terawal ke Bukit Bendera. Masa pendakian hanya 2 jam. Memilih trun dengan funicular train Bukit Bendera (sehala rm5).

Loc mula trek warisan :  05°24′38.1″N 100°16′34.1″E
dr parking bertingkat Penang Hill cuma ikut laluan kiri sebelah stesen dan terus ikut jalan ke atas, melalui tepi Tokong Then Kong Thnuan.



Laluan masuk ke heritage trail.
 05°24′38.1″N 100°16′34.1″E


dari middle station
05°24′55.6″N 100°16′26.4″E




dalam pendakian bertemu dua student exchange dr England.

laluan kawasan kebun sayur
05°24′59.5″N 100°16′26″E

viaduct road
05°25′15.8″N 100°16′16.1″E


laluan menuju puncak
05°25′20.3″N 100°16′11.5″E


cuaca gelap, jam 11:48 pg
Hujan lebat, meredah hujan ke puncak.

penat hiking pekena ais pelam @ maggo chocolate

awan slepas hujan

top station



Lepas hiking siggah sebentar di Dam Air Itam
lokasi tengok sini : 05°23′45.4″N 100°15′47.9″E






Sekian saja disini. Hanya bercerita melaui gambar.
Photo by Huawei p9, edit by Snapseed

21 March 2017

Short Ride Kelantan 11 & 12 Mac 2017

Lama berehat dari kancah perjalanan jauh, kini kembali bersua bersama jentera baharu Honda Rs150r.

Jentera baharu Honda RS150R

Kembara tahun lepas di Kuala Terengganu bersama jentera lama



Nukilan kali ini hanyalah nukilan kilat yang ringkas kerna hilang bakat menulis buat sementara waktu.


HARI PERTAMA
Perjalanan santai bermula dititik pertemuan di Petronas Sg. Seluang dan berakhir di Kota Bharu jam 4 petang. Petangnya bersiar meronda hingga ke sekitar Kubang Kerian, Peringat. Malam sempat ke Wakaf Che Yeh ushar2 apa yang ada dan  menikmati suasana malam di pusat bandar Kota Bharu.

somewhere at the Grik

Hentian Titiwangsa. 1000m dari paras laut


Sempadan Perak-Kelantan

Topup minyak di Petronas Jeli



HARI KEDUA

Seawal-awalnya enjin dipanaskan dan diteruskan mencari santapan pagi. Sarapan pagi di Kopitiam Kita yang agak dikenali di sini. Perut terisi maka singgah sebentar ke PCB, Pasar Siti Khadijah & Sekitar pintu gerbang Kota Bharu sebelum 'check out' hotel. Dah 'check-out' maka perjalanan menuju ke utara Kelantan, pekan Rantau Panjang. Tamat berpanas di sana, maka singgah ke Bukit Bunga mencari apa yang patut dan terus perjalanan untuk pulang.


Suasana pagi Pasar Siti Khadijah

Landmark utama Kota Bharu


Masjid Muhammadi

Pantai Cahaya Bulan

Tambatan Di Raja. Ada lagi lumpur kesan banjir besar dulu kat bawah ni

Masjid Beijing, Rantau Panjang

'This is Rantau Panjang'

Detik 4 petang, dari Bkit Bunga kedua jentera berputar revolution per minute (rpm) bergerak pulang ke tempat asal. Sepenjang perjalanan sempat singgah din spot2 menarik sepanjang Lebuhraya Timur Barat (jalan biasa, nama ja lebuhraya)

Hadapan Belum Rainforest Resort

Hentian baharu, Hentian Royal Belum



lokasi sama, tapi jentera & masa berbeza. Setahun jarak.


layan sunset di Banjaran Bintang


Jam 8 malam tamat misi short ride Kelantan kali ni. Banyak lagi yang menarik dalam Malaysia untuk diteroka. Nak masuk siam kena border/passpot, tapi nk jelajah Malaysia ada IC pn jadi dah. Banyak boleh dijelajah sepuasnya.

duo ride kelantan 11-12 mac 2017 from Hasifi Sani on Vimeo.


Untuk kos, ada sikit ringkasan...

minyak moto : RM40 (ron97+95,80-110kmj)
hotel : RM40 (RM80/2org)-booking agoda
makan/cenderahati : RM50

Jumlah short ride kali ni hanyalah RM130


Sekian saja nukilan tak terpadat.

photo by Huaweip9
edit by Snapseed

Nukilan oleh HS 10:45 pm 21/03/17
Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS

26 March 2016

Terengganu Ride : Duo Ride Kapcai, The Rider Backpacker Travelog.

Salam pembuka bicara dari dataran utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Suatu perjalanan terancang kami berdua redahi dari Pantai Barat Semenanjung ke Pantai Timur Semenanjung pada tanggal 13, 14 dan 15 Mac yang lepas. Dalam erti kata mudah kamilah rider, backpacker, hiker & photographer. 

(klik imej untuk besarkan)


Hari Pertama

Dengan kekuatan jentera kapcai Honda Future & Honda Wave Dash perjalanan pergi balik hampir 1000km kami redah. Pagi Ahad 13 Mac 2016 kedua jentera mulakan musafir membelah Banjaran Bintang dan Banjaran Titiwangsa serta penghujung Banjaran Pantai Timur. 9:00 pagi mula bertolak dari Petronas Sungai Seluang, Lunas. Ride kali ni average speed dalam 70-90km/j dalam mood santai & menikmati alam. Hampir 3 jam ride, jam 12 tengah hari sampai di RNR Titiwangsa.

Dalam tu 6 jam lebih, tapi kami ride santai 9 jam lebih
Rehatkan enjin di puncak Titiwangsa yang berada 1000m dari aras laut (tinggi G.Jerai kot)
Nak cerita pasal minyak, minyak tembak full tank ja bila turun E. Angaran kos minyak dari Penang sampai Kuala Terengganu dalam 15 ringgit.

Pemandangan Banjaran Titiwangsa. Tenang & damai jiwa merenung.
Dalam jam 12.20 tengah hari kami sambung ride membelah saki baki Titiwangsa. Hala tuju ride terus ke penginapan di Kuala Terengganu yang dah booking awal dengan Agoda.com. Sampai di Jeli Kelantan terus cari tempat nak lunch dan sambung ride. Luas jugak Kelantan ni. Dari satu pekan ke satu pekan bejarak jugak nak sampai. Duk besa kat Penang satu pekan ke satu pekan 10-15 minit ja.

Lunch di Jeli
Lebih kurang pukul 3 lebih sampai sempadan Kelantan-Terengganu
Last isi full tank kat Caltex Setiu
Tepat 6:30 petang, kedua-kedua jentera kapcai honda selamat tiba di Ibai River Inn, Kuala Terengganu. Bilik sesuai untuk backpacker dan yang cari penginapan bajet. Tempat pun cantik tepi sungai. Kira balik, hampir 9 jam lebih ride dari Penang ke Kuala Terengganu dengan average speed 70-90km/j. Jalan plak sesak di Setiu sebab tengah tar jalan. 

View dari Ibai River Inn
Malam tu lepas rehat apa semua, maka perut mula meminta-meminta diisi. Maka roda dua berputar cari tempat makan. Kebetulan tak jauh dari Pantai Batu Buruk, maka kat situ saja la port untuk makan sambil layan angin laut. Habis makan tabiat ronda sambil shoot gambar bermula disebabkan dua-dua orang bawak sorang satu dslr. Kejadian tembak membak bermula.

Pantai Batu Buruk
Kuala Terengganu Waterfront
Dua tiga kali pusing atas jambatan
Ter'shoot' light trail
Hari Kedua

Hari kedua, awal pagi tibai nasi lemak tepi jalan. Susah nak jumpa kedai mamak sana, Tak kena sikit dengan selera orang Penang. haha jangan marah. Destinasi kami Taman Tamdun Islam & Masjid Kristal.

Pintu gerbang Taman Tamadun Islam

Sempoi tiket dia, buat style passport. Harga masuk dewasa RM21 (tak da student price, fixed)

Dari dalam replika Masjid Negara

Replika Masjid Negara

Replika Masjid Kudus Minar, Jawa


Replika Taj Mahal

Kubah As-Sakhrah, Palestin. Replika yang hampir menyamai saiz sebenar. Bole masuk ke dalam

Dari dalam Kubah As Sakhrah. Replika batu yang nak ikut Nabi masa Isra' Mi'raj

Kubah As Sakhrah atau Dome of Rock

Replika Masjidil Haram

Pintu gerbang sempadan kawasan masjid nusantara dengan lain-lain masjid/bangunan

Replika Kota Aleppo Syria

Replika Masjid Nabawi

Replika Kalyan Minaret Uzbekistan
Dari Taman Monumen, terus ke Masjid Kristal kat sebelah. Dalam cuaca panas masih ramai pengunjung sebab memang musim cuti sekolah.

Masjid Kristal


Disebabkan masuk ke Taman Monumen dapat vaucher Restoran B'Beteng dalam tu, maka alang-alang dah sampai, kami guna ja vaucher tu untuk makan tengahari. Baucher tu diskaun RM3 kalau silap (lupa dah brapa ringgit)

View sempoi dari restoran B'Beteng, Taman Tamadun Islam
Pukul 1 lebih kami ride balik ke bilik penginapan untuk check out. Ikutkan Pukul dua checkout. Tapi owner dia ok, pukul 2.30 kami checkout. Untuk sikit info, Ibai River Inn ni milik Muslim. Owner dia rumah bersambung dengan blok bilik-bilik penginapan. Ada pagar dan selamat untuk rider nak park moto. Selesai checkout, destinasi kami seterusnya ke Besut Terengganu.

2 jam dar K. Terengganu ke K. Besut
Perjalanan menuju ke tempat penginapan yang turut dah booking awal dari agoda.com. Jauh juga dari satu tempat ke satu tempat kat Pantai Timur ni. Dulu masa belajar nak balik rumah kat Penang dari UUM, Sintok amik masa 1 jam 45 minit pun dah rasa macam jauh. Ni memang lagi jauh. Jam 5 petang sampai di Kuala Besut. Kali ni check in di Hotel Samudera betul-betul di dataran Kuala Besut. Sikit info, sini jalan masuk ke Pulau Perhentian. Sebab tu nampak meriah dngan geng-geng nak nak ke pulau.

Muara Sungai Besut
 Lepas rehat beberapa minit, macam biasa bila letih ride mesti cari makan. Habis makan dengan tak dirancang, layan view & main kamera di Pantai Air Tawar. Satu yang unik di Pantai Timur ni, pantai-pantai luas kawasan berpasir dan angin kuat. Tak macam Pantai Barat, pantai sekangkang kera dan banyak kawasan paya, angin pun cuma sepoi-sepoi.

Pulau Perhentian sayup-sayup dari jauh
Pantai Air Tawar
Mentari nak masuk kandang
Sebelah malam plak ada kenalan orang asal situ bawak keluar makan siap belanja kot atas. Terbaik!! Sini jalan tak susah mana sebab tak banyak simpang, dan banyak straight ja. Tengok google earth, bakak street view tengok signage dan marking lepas tu bole cam jalan. Senang.

Hari Ketiga

Misi awal pagi, hiking ke Bukit Keluang. Kali ni member belanja makan semalam jadi guide. Nasib dia ada, kalau tak mesti nak panjat ikut tangga depan. Sebenarnya nak hiking Bukit Keluang amat mudah dan sesuai untuk sapa saja.  Naik ikut trek belakang dan turun ikut trek depan sebelah pantai.

Trek naik dari belakang

20 minit panjat dah sampai puncak Bukit Keluang.







Gua dan batuan di lereng tepi pantai Bukit Keluang


Habis menikmati alam pesisir Laut China Selatan, maka kena bergerak bersiap nak ride balik. Sebelum balik ke hotel, kami singgah dulu ke kedai makan dan pekena nasi dagang. Selesai tu semua, jentera kapcai kami bergerak balik hotel sebab nak checkout sebelum 12 tengah hari. Kat receptionist depan dah siap tulis lambat sejam caj 10 ringgit. Mau tak cepat. Tepat-tepat pukul 12 checkout. Sikit review pasal Hotel Samudera ni, harga macam tak berapa kena dengan condition. Kawasan ni sebenarnya ada banyak lagi hotel & penginapan murah boleh dapat. 

last moment sebelum ride balik
Sebelum ride non-stop, macam biasa minyak tembak full tank dan baru bole ride tanpa was-was. Angaran masa lebih kurang 5-6 jam. Pukul 12.30 tengah hari kami bertolak balik dengan hanya pulas trottle.

Bejarak juga dari Kuala Besut nak sampai ke jalan Timur-Barat. Sebelum naik redah Banjaran Titiwangsa, siggah dulu kat apa nama tah tempat ni, jual ropok lekor, dan macam-macam lagi. Maka misi penuhkan raga moto bermula. Cuaca memang panas, rasa bahang masa ride. Ride naik Titiwangsa layan, angin sejuk dari jalan bawah.
Sempat berhenti kat Grik amik gambar view Gunung Kenderung
Duo ride. Tiada orang ketiga. Hanyalah sang tripod dan automasi timer. Credit foto : Rizal Kader
Lebih kurang jam 6 lebih kami sampai di Baling. 7 lebih sampai rumah. Semua sekali amik masa 7 jam lebih dari Kuala Besut balik rumah. Ride santai-santai menikmati alam dan tempat orang. Ni kelebihan ride dengan kapcai sebab dapat layan dan tak perlu rushing. Alhamdulillah ride kali ni tak ada apa masalah pada jentera tak macam ride cameron yang lepas. Bumi Malaysia ni sebenarnya banyak lagi tempat boleh jelajah, luas mata memandang. Musafirlah dan kenali apa yang ada di seluruh pelusuk bumi kita.


Foto shoot dari Canon 60D & SjCam SJ4000.
Nak tengok review SJCAM SJ4000 klik sini

Nukilan oleh HS 9:00 am 26/03/16
Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI