>

19 December 2013

2014 Best Epic Movie

Buat penggemar filem-filem epik , pasti anda tertunggu-tunggu filem-filem epik 2014. Ini antara filem-filem epik yang akan keluar 2014 nanti. Salah satu yang menarik adalah filem Noah dan Pompeii. Noah adalah kisah Nabi Nuh yang difilemkan berdasarkan kepercayaan Kristian dan ditokok tambah idea-idea penulis skrip. Pompeii pula mengisahkan kisahc letusan Gunung Berapi Vesuvius yang kerap kita dengar dalam sejarah dunia. Sama-sama kita nantikan filem-filem ini. 


25 November 2013

kopipes??

Assalamualaikum..Salam sejahtera...Cheezee,peace all... Lama sudah tak update sini.. Sejak masuk semester 5 ni sibuk skit.. Asignment,thesis,projek, & macam-macam lagi laa.. Faham-faham la final year degree..

opss...gambar ni takda kaitan apa-apa..

Baru-baru my adek gegurl punya blog dah diciplak.. Apa keS???? APA YANG DICIPLAK??


Zaman la (sekarang) cukup senang nak ciplak-ciplak.. Semua boleh kopipes.. Mudah kan.. Tapi kalau yang di kopipes tu fakta atau info ; tak salah, cuma perlu mintak izin tuan punya blog atau letak link sumber dia.. TAPI...yang jadi kat my adek punya blog TROUBLEMAKER , penCIPLAK ni ciplak post-post bersifat personal.. Ada jugak kan spesis macam ni.. Parah..parah..parah..

Post-post personal pun nak ciplak.. Kopipes pastu tukar nama, tempat.. Agak-agak kot nak buat benda camni..Tak beretika namanya insan ini. Mencuri hasil pemikiran dan pengalaman orang lain untuk bahan mencari publisiti. 

ni my adek punya blog http://cherieteralala.blogspot.com/
Jadi pasni tak perlu kita kopipes entry personal sebab ni benda yang depa tulis adalah pengalaman depa. So apa perlu kita ciplak penulisan pasal pengalaman orang lain lepas tu kita cakap tu pengalaman kita. Kena ada etika la. Hormat orang lain, In Sya Allah orang hormat kita balik. Akhir kalam be ourself.. Learn from our own mistake for our own future- Assalamualaikum wbt.



hasifi sani | 12:20pm | 25 November 2013

31 July 2013

PENANG STREET ART

Kini Pulau Pinang ada satu keunikan baru iaitu seni mural jalanan yang dilukis di dinding-dinding bangunan dan juga seni dawai besi yang dibentuk menjadi suatu lukisan.. Ini adalah sebahagian seni jalanan yang ada. Banyak lagi seni  ini di sekitar bandaraya Georgetown.












gambar & video : Hasifi Sani

14 June 2013

UNIK : Bot separuh kapal selam mesra alam.

Direka sebagai personal semi submarine boat yang pertama di dunia, "Ego" dicipta  hasil reka bentuk sebuah firma Korea  di Raonhaje.

Bot ini memberikan peluang kepada penumpang untuk melihat kehidupan di bawah air, dan juga dek atas untuk menikmati pemandangan di atas permukaan lautan juga. Bot ini adalah sebuah bot mesra alam. Ia menggunakanot kuasa bateri marin 12  8 volt, dan boleh beroperasi selama empat hingga lapan jam di dalam air untuk sekalai caj bateri dan bergantung kepada kelajuan bot.










12 June 2013

Cara hilangkan pop-up box like fb di blog

Amat spoil bila bukak blog tiba-tiba keluar popup box suruh like untuk baca blog. Oqang putih kata sangat anonoyingg.. Kalau yang pakai browser Chrome boleh ikut cara di bawah ni untuk buang pop-up box tu. Kalau browser lain pun lebih kurang ja, kena cari function untuk inspect element.

(Klik image untuk besarkan)

Ni rupa dia page yang ada pop-up box. Page ni siap bagi blank screen. Sesetengah page siap ada countdown untuk bukak page..

Pertama sekali right clik dan klik dekat inspect element.

Kat situ dia dah auto highligt dekat fblikebg. Double clik kat situ

dah double clik, tekan ja button delete dekat keybord. Delete semua kawasan yang highlight tu.

Delete bagi hilang pop-up box tu. Kalau tak hilang juga gerak mouse pada coding-coding tu sambil tengok apa yang di highlight dekat paparan webpage. Contoh kat atas ni dia highlight kat pop-up box tu, maka delete coding tu..

Kalau tak hilang juga gerak mouse pada coding-coding tu sambil tengok apa yang di highlight dekat paparan webpage. 

Akhirnya page bersih daripada pop-up yang menyerabutkan.

Opsss pelik berita kat blog tu..haha..



SELAMAT MENCUBA.
PEACE
>_<





05 June 2013

KAMPUNG THE EPiC_MosT WANTED

Ni lah Tobel. Ibu kucing. Dah dekat 4 5 round beranak. memang banyak keturunan dia. 

>>KAMPUNG EPiC<<

Sampai rumah tengok da dua baby ayam ni..

Ku dipenjara seketika.. Baby ayam terkurung disini..

Di luar penjara hijau terbentang alam..

Disebalik alam terselit tie buangan..

Namun tia buangan tidak kubakar umpama jeans ini. Malang nasibmu wahai jeans.

Nyiur dicop demi santannya yang penuh lemak..

Namun lemak santan takkan layu bak bunga kertas ini..makin suram..

Suram bunga, lagi suram motor yang banyak berjasa ini. Kini kau terbiar di situ.

Kilauan senja memanggil masuk insan ke dalam tanda siang makin menghilang..


Sudah dikatanya sang kilauan,,maka ku kirim sang kotak cahaya Canon untuk dipamer kembali ke dalam tas. Sekian nukilan epic yang tak se'epic' mana pun

Nukilan : Hasifi Sani
Foto : Hasifi Sani

PEACE >_<

02 June 2013

The Epic of Penang

Kembali ke era epik..Tak la epik sangat macam zaman Penang bawah Kerajaan Langkasuka, tapi boleh kira nostalgia laa buat tatapan orang-orang zaman sekarang dan insan-insan zaman hadapan. Sekadar fakta sejarah : Negeri inilah yang dikenali sebagai Prince of Wales Island & Province Wallesly dan juga wilayah Dindings (Pangkor) yang ditadbir dibawah pentadbiran negeri selat. 

Kesibukan perairan Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Kelihatan Bukit Mertajam di tanah besar. 

Air Itam. Lokasi berdekatan pasar Air Itam. Kini Air Itam hampir semua populasinya masyarakat Cina.

Pelabuhan Pulau Pinang suatu ketika dahulu


Pemandangan kawasan Tanjong suatu ketika dahulu. Belum wujud bangunan tinggi-tinggi waktu ini.

Stesen bawah keretapi Bukit Bendera. 

Perkampungan Melayu di Tanjong Tokong
 Sekian.. PEACE >_<

Link ke post berkaitan :

03 May 2013

Fotografi : The Power of Cute

Foto   : Hasifi Sani
Talent : Arisa Humairah
Tema  : The Power of Cute
Foto yang sama, tetapi berbeza style.








Untuk lebih hasil fotografi kli sini>>
Fotografi : Girls

10 April 2013

Gambar Pulau Pinang Dahulu & Sekarang

Sebelum ni dah tengok banyak gambar-gambar lama Pulau Pinang. Post kali ni perbandingan zaman. Zaman dahulu dan sekarang. Foto-foto baru oleh : Hasifi Sani ..

(KLIK IMEJ UNTUK BESARKAN)

PENGKALAN WELD @ SEKITAR JETTY



LEBUH PANTAI


PADANG KOTA



PADANG KOTA



PENANG ROAD



Setakat ni saja gambar yang sempat ambil. Cuaca sekarang panas. Tak sempat nak jalan2 ambil gambar banyak2.. Tunggu lain hari dan waktu.. Sekian.. PEACE >_<

Link ke post berkaitan :
gambar-gambar-lama-pulau-pinang
gambar-gambar-lama-feri-pulau-pinang
gambar-gambar-lama-seberang-perai
gambar-gambar-lama-kedah-darul-aman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI