>

23 April 2014

PLAZA TOL BANDAR CASSIA BATU KAWAN : PLAZA TOL TERBESAR DI MALAYSIA



Pembukaan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menjadi suatu sejarah baru kepada Malaysia. Tidak terlepas juga pembukaan dua plaza tol baru yang dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway & juga Jambatan Kedua Sdn. Bhd.  Jambatan Kedua Sdn. Bhd. Mengendalikan plaza tol bagi masuk ke jambatan melalui sistem tol terbuka. Manakala PLUS Expressway mengendalikan Plaza Tol Bandar Cassia yang merupakan susur keluar baharu Lebuhraya Utara Selatan bagi laluan ke Jambatan Kedua dan Bandar Cassia Batu Kawan. Sistem tol di Plaza tol Bandar Cassia merupakan sistem tol tertutup.


Mesti ramai yang kurang jelas apa itu sistem tol tertutup dan tol terbuka. Tol tertutup adalah sistem tol yang mana pengguna hanya bayar kadar tol mengikut jarak yang dilalui sahaja. Bermakna ada tol masuk & tol keluar. Tol masuk pengguna hanya ambil tiket transit dan tol keluar pengguna bayar kadar mengikut jarak yang dilalui. Manakala bagi system tol terbuka pengguna yang melalui plaza tol dikenakan bayaran yang telah ditetapkan. Ia tidak mengikut jarak yang dilalui. Tol terbuka banyak terdapat di kawasan bandar seperti Lembah Klang dan Seberang Perai Pulau Pinang. Jambatan Pulau Pinang pertama dan kedua menggunakan system tol terbuka dimana kadar yang tetap dikenakan. Walaubagaimanapun, satu benda yang ramai tidak tahu sebenarnya sistem tol mempunya tempoh konsesinya sendiri. Bukan bermakna tol akan dikenakan buat selamanya. Setelah tamat tempoh konsesi syarikat konsesi maka tamatlah bayaran tol.



Berbalik kepada Plaza Tol Bandar Cassia Batu Kawan, plaza tol ini merupakan plaza tol yang terbesar sekali di Malaysia. 




Mempunyai sebanyak 28 lorong menjadikan ia sebagai plaza tol terbesar mengalahkan plaza tol Sungai Besi yang mempungai 18 lorong. Masih ramai lagi confius dengan tol JKPP2 dan tol Bandar Cassia. Jika anda dari Lebuhraya Utara Selatan dan memilih susur keluar ke Jambatan Kedua maka anda akan keluar melalui Plaza Tol Bandar Cassia yang dikendalikan oleh PLUS. Seterusnya anda akan melalui persimpangan bertingkat Bandar Cassia dan barulah melalui Plaza Tol Jambatan Kedua jika mahu melaluinya. 


Peta Plaza Tol Bandar Cassia & Plaza Tol JK2PP

Plaza Tol Bandar Cassia telah dibuka dan beroperasi kepada orang ramai bermula 2 Mac 2014 yang lalu. Apa yang menarik tentang plaza tol ini adalah bumbungnya menggunakan binaan arch roof. Bumbung plaza disokong oleh binaan lengkungan besar yang dibina merentasi lebuhraya.

 




Bandar Cassia masih lagi dalam pembangunan dan pembukaan lebuhraya di sini pasti merancakkan lagi aktiviti ekonomi di sini. Suatu pembangunan bercampur bakal dibangunkan melibatkan  perindustrian, komersial (Pusat membeli-belah), dan juga kawasan kediaman. Lokasi ini berdekatan dengan Stadium Negeri Batu Kawan dan jeti Batu Musang untuk ke Pulau Aman.

p/s : terkenang pengalaman jadi jurutol kat plaza tol Bagan Ajam. Satu-satunya plaza tol dan kawsan rehat di tepi pantai di Malaysia. Artikel ni ditulis sendiri. Bukan kopipes.


14 April 2014

RESEPI : KEK BATIK MOIST

Minggu ni post pasal resepi jugak. Mesti semua penah makan kek batik yang dibuat daripada biskut marrie. Tapi kali ni apa yang unik, kek batik ni kek batik moist. Ada ala-ala kek choc moist.

Bahan-bahan :-
1. 1 ketul butter (biasa guna buttercup)
2. 3/4 tin susu pekat manis
3. 1 paket kecil milo (200gm)
4. 1 paket biskut marrie

Cara nak buat cukup senang. Hanya gunakan api kecil. Mula-mula cairkan semua butter sampai menjadi minyak. Lepas tu masukkan 3/4 tin susu pekat dan seterusnya milo. Kacau adunan tanpa henti supaya adunan tak menjadi berketul-ketul. Kalau coklat lebih moist boleh tambahkan susu pekat manis.

Sebelum tu jangan lupa hancurkan biskut marrie. Biskut marrie tak perlu masuk angin sebab kita perlukan kek batik yang ada 'crunchy'. Setelah adunan tiga bahan tadi betul-betul sebati, maka tutuplah api dan tuang biskut marrie ke dalam adunan. Kacau hingga keseluruhan biskut diliputi adunan. 

Akhir sekali masukkan semuanya ke dalam bekas leper dan masukkan ke dalam peti sejuk. Tunggulah sampai kek batik keras.

p/s : adunan tak perlu tambah air sebab nak elakkan kek hilang 'crunchy'. Untuk biskut marrie nak suggestkan biskut marrie Munchys sebab ia lebih 'crunchy'.

Siap. Original kek batik moist by Hasifi Sani. Tengok betapa lazat coklat moist mengalir turun.
Kek batik moist ni sama macam kek choc moist jugak. Tak tahan panas. Maka kena simpan dalam peti sejuk. Bila makan akan ada rasa 'crunchy'. Ni yang membuatkan kek batik moist ni berbeza dengan kek batik yang biasa dibuat.

Sekian. Selamat Mencuba




10 April 2014

RESEPI : DAGING BURGER IKAN BLACKPAPER

Nindia resepi daging burger ikan homemade. Resepi rekaan sendiri. Mai tengok macam mana nak buat.

Bahan-bahan
1. Bawang putih, bawang merah, lada hitam, jintan putih (semua bahan ni ditumbuk hancur)
2. Daging ikan yang dihancur-hancurkan (tak kisah apa ikan pun)
3. Telur ayam (putih telur)

bawang putih, bawang merah, jintan, lada hitam

isi ikan yang dihancurkan (pastikan buang tulang)

telur. hanya guna telur putih

Nak buat benda ni cukup simple. Gaul semua bahan-bahan. Uli-uli bagi semua sebati.


Dah puas uli bentukkan ikut apa bentuk yang suka. Lepas tu masuk dalam freezer bagi keras. (kalau
tak masuk freezer pun takpa, tapi adunan lembik sangat dan mungkin hancur masa goreng)



Lepas tu boleh goreng..dan siap..


Dan,siap..

Sekian saja untuk kali ni.  >_<



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI