>

11 March 2015

Hiking : Bukit Mertajam

Bukit Mertajam merupakan puncak tertinggi di Seberang Perai. Ketinggian Bukit Mertajam mencecah 500 meter dari paras laut. Kategori hutan kat sini boleh kata bukan kategori hutan dara sebab boleh jumpa pokok-pokok bersar kat sini. 

Info: info menarik yang nak kongsi pasal Bukit Mertajam adalah, hutan di sini sebenarnya pernah menjadi antara petempatan terakhir orang Asli di Pulau Pinang. Kali terakir orang Asli ditemui di Kubang Semang sekitar tahun 1920an dan dari situ Kebang Semang mendapat nama. Selain tu ada Batu Bersurat lama ditemui di Cherok Tokun (kaki Bukit Mertajam). Ni jadi bukti bahawa kawasan sekitar ni dh ada petempatan awal manusua sezaman dengan zaman kegemilangan tamadun Lembah Bujang yang mana boleh jadi kawasan ni sebahagian juga daripada tamadun Lembah Bujang.

Kembali kepada cerita asal, Bukit Mertajan atau dikenali sebagai BM dah menjadi kawasan hiking popular bagi penduduk sekitar. Masuk ni entah kali kerapa hiking sini sebab kerap sangat dah hiking sini  

Peta laluan-laluan mendaki.
Untuk ke sini, hanya perlu ke Hutan Lipur Bukit Mertajam di Cherok Tokun. Untuk hiking ada banyak trek. Jalan tar untuk jip menjadi salah satu trek hiking untuk ke puncak. Selain itu ada dua trek hutan popular yang boleh membawa pendaki ke puncak. Tanda biru di peta adalah titik mula trek pendakian. Tanda merah pula adalah pelantar pemandangan (434m) dan tanda hijau adalah puncak tertinggi (500m). Untuk trek hutan dari Hutan Lipur ni ada dua iaitu trek bersebelah dengan air terjun, dan trek sebelah empangan lama. Jangan risau kerana trek-trek ni trek yang jelas. 

Air terjun 

Laluan melintasi anak sungai di trek bersebelahan air terjun

Trek bersebelahan dengan air terjun lebih landai gradient. Hanya perlu ikut anak tangga dan sampai di penghujung anak tangga terus melintasi anak sungai kecil dan terus melaui hutan. Trek ni akan tamat di pertemuan dengan jalan tar yang mana ada pondok rehat Kelab Rekreasi Bukit Mertajam. Untuk ke puncak boleh terus dengan jalan tar ataupun ikut trek hutan (sebelah kiri jalan iaitu bertentangan dgn pondok rehat, tapi laluan masuk ramai terlepas pandang). Kalau ikut trek hutan akan terlepas ke pelantar pemandangan sebab pelantar tersebut berada di trek jalan tar. Trek hutan akan brtemu dgn simpang utk turun ke dam lama ataupun naik terus ke puncak. Untuk ke pelantar pemandangan hanya perlu ikut jalan tar lebih kurang 15-20 minit pondok dan laluan ke pelantar berada di satu corner. Tapi ramai tak perasan sebab laluan masuk terhalang sengan batang pokok besar tumbang.

Pelantar pemandangan
Untuk kepuncak boleh terus dengan jalan tar. Tapi puncak BM tak menawarkan pemandangan buat pendaki. Hanya kawasan larangan menara telekomunikasi. Oleh itu kalau nak tengok view bole ke pelantar pemandangan. Boleh tengok view hingga ke Gunung Bintang di Baling.

Pemandangan indah dari pelantar pemandangan

Puncak utama. Hanya da menara telekomunikasi
Untuk trek dam lama hanya perlu ikut dan akan sampai terus ke puncak. Sepantang trek ni ada kawasan rehat disebelah air terjun dan juga pondok dan. Selain itu akan jumpa dengan simpang ke kawasan rehat Kelab Reakreasi yang berada di trek jalan tar. Trek dam lama ni lebih curam berbanding trek di sebelah air terjun.

Air terjun di trek dam lama

Laluan ke trek hutan di puncak
Msa hiking kalau ikut jalan tar ambik masa dalam 1 jam, kalau trek hutang dalam anggaran 1 jam setengah ke 2 jam. BM amat sesuai bagi yang baru nak menceburi aktiviti hiking ni. Stay tune untuk post2 menarik.. sekian saja untuk kali ni..














04 March 2015

Travelog : Pangkor & Cameron Highlands

Percutian yang dah lama berlalu. Bertarikh 18 hingga 20 Disember 2014. Panjang alkisahnya. Trip kali ni adalah konvoi keluarga sebanyak lima buah kereta dan paling menarik semua adalah kereta Proton. Perancangan awal akan melancong ke Pantai Timur. Tetapi berlaku alkisahnya yg menyebabkan plan B terjadi.


Perancangan awal bertolak menuju ke Kelantan. Sesudah subuh perjalanan kami bermula. Kami ikut jalan Kupang-Grik. Cuaca sewaktu perjalanan berkabus dan hujan di beberapa tempat. Sampai di hentian R&R Titiwangsa dalam jam 10 lebih. Cuaca berkabus dan hujan lebat. 

Kabus dan hujan di R&R Titiwangsa
Info: R&R Titiwangsa berada di ketinggian 1000 meter dr paras laut. Lebih kurang bersamaan dengan ketinggian hotel Jerai Regency, 300m lebih tinggi daripada Bukit Bendera, dan 500 meter rendah daripada dataran Brincang. 

Di R&R Titiwangsa kami tanya kpd orang ramai disitu. Menurut mereka banyak jalan-jalan di Kelantan dah ditutup. Setelah berbincang akhirnya kami buat keputusan untuk tukar percutian ke Pangkor & Cameron Highlands. Dalam lebih kurang jam 1 lebih konvoi kami patah balik dan ikut laluan Grik-Kuala Kangsar untuk ke Jeti Pangkor. Jam 6 kami tiba di Jeti Marina Island Lumut. 

Bergambar sementara tunggu feri
Di Pangkor kami naik "pink van" yg sangat iconic di Pangkor. Di Pangkor tak perlu risau pengangkutan sebab sampai saja jeti Pangkor tuan-tuan kereta dan moto sewa, van pink bersiap sedia tunggu ketibaan pelancong. Kami menginap di Teluk Nipah. Di sana ada banyak deretan resort yang betul-betul berdekatan dengan pantai. Keesokan hari (hari kedua) kami sewa bot untuk menyusuri pesisir laut dan ke pulau kecil berhadapan Teluk Nipah iaitu Pulau Giam. Airnya jernih, ikan-ikan kecil naik ke permukaan setelah diberikan roti. Kami juga berpeluang melihat batu seakan-akan bentuk buaya dan penyu.



Selesai di Pulau Giam, kami checkout resort dan pusing-pusing pulau degan 'van pink'. Antara tempat kami lawat galeri Pangkor, kilang makanan laut dan kota Belanda.



Lebih kurang jam 1 tengahari kami kembali ke jeti untuk ke destinasi kedua iaitu Cameron Highlands. Kami lalui jalan Lumut-Ipoh untuk terus ke Cameron. Jalan luas, lurus tapi banyak trafic light. Cuaca agak panas. Namun sampai saja dekat permulaan laluan mendaki di Simpang Pulai hujan lebat menanti kami di sana. Dengan laluan licin dan jarak penglihatan yang terhad pelan-pelan drive naik ke Cameron. Salah satu risiko di lereng bukit ketika hujan adalah tanah runtuh. Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan sampai ke Cameron dengan jumpanya simpang ke Kg Raja dan Gua Musang. Lebih kurang jam enam kami check in dekat Hotel Jasmine. Hotel ni sangat strategik sebab betul-betul tengah pekan Brinchang. Hotel ni adalah salah satu daripada deretan bangunan kedai yang dijadikan hotel. Boleh kata banyak deretan ni jadi hotel. 

Deretan hotel
Kemudahan dan keselesaan hotel sangat memuaskan. Petang tu punyala cari lubang aircond rupanya hotel memang tak ada aircond sebab cuaca sana dah sejuk. Hanya ada lubang udara biasa yang bawa angin masuk. Malam tu kami turun makan dekat foodcourt sebelah hotel. Lepas makan kami pusing-pusing kat pasar malam Brinchang. Sekarang pasar malam dah ada tapak baru. Dulu first time mai sini pasar malam panjang tepi jalan. 

Keesokan hari sesudah subuh aku keluar solo mencari sarapan untuk family. Memang layan angin sejuk pagi kat Cameron. Sebenarnya Brinchang adalah pekan paling tinggi di Cameron iaitu pada ketinggian 1500 meter dr paras laut. Antara puncak tertinggi di Cameron adalah puncak Gunung Irau dan Gunung Brinchang yanh berada pada ketinggian lebih daripada 2000 meter dr paras laut. Di puncak sana adanya Mossy Forest yang hutannya berlumut dan sangat cantik pokok-pokoknya. Namun belum ada rezeki ke sana. Berbalik kepada alkisal asal, pagi tu jumpa satu makcik jual nasik lemak cedok tepi jalan dekat masjid. Maka seluduplah nasik lemak tu masuk bilik hotel. 

Suasana malam di pekan Brinchang
Pagi tu kami checkout dan terus melawat ke Mardi Cameron. Sini antara tempat popular pelancong. Pelbagai pokok bunga, kaktus, strawberi, dan sayuran ditanam di sini. haha juga boleh merasai dan membeli produk agro seperti teh, strawberi dan macam-macam lagi.




Seterusnya kami berkonvoi ke Kea Farm. Sini terkenal dengan produk pertanian dan boleh dapat dengan harga murah. Oleh sebab aku tak minat shopping-shopping ni maka jadi agak boring sikit jalan tempat macam ni. Jalan di Kea Farm agak sesak sebab masih lagi musim cuti sekolah. Seterusnya kami ke Lavender Garden. Kat sini boleh tengok pokok lavender yang cantik-cantik.



Tempat terakhir kami ladang teh. Tapi kami hanya sempat ke ladang teh Cameron Valey yang kecil. Ada ladang Cameron Velley yang besar disebelah selatan Cameron dan ladang Boh yang sangat luas. First time mai dulu pernah mai ladang Boh. 

Ladang Boh Sg. Palas. Tapi ni gambar lama.

Ayahanda & Bonda


Selesai menikmati kesegaran alam dan keindahan ciptaan-Nya, kami bersiap untuk berangkat pulang. Sewaktu dalam perjalanan turun kami sempt singgah ke gerai jualan orang Asli di tepi jalan. 


Kami meneruskan perjalanan kami. Sampai di Simpang Pulai kami masuk terus ke lebuhraya Utara-Selatan. Jam 7 petang selamat tiba di rumah. Itulah saja travelog perjalan kami yang sungguh menerujakan. Walaupun agak rushing untuk trip ni tapi dapat juga menikmati ketenagan lautan Pangkor dan kedinginan hutan hutan Cameron. Alhamdulillah. 

Photo by HS
*susah betoi update blog kat smartphone yg kecik ni.
4 Mac 2015 8:30am


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI