>

30 August 2015

Hiking Western Hill, Penang

Lepas sminggu baru gatai tangan nak update. Minggu lepas Sabtu 22 Ogos 2015 ikut #gengkakikuat hiking ke Western Hill. Western Hill adalah puncak tertinggi di Pulau Pinang. Berada pada ketinggian 830 meter dari aras laut, Western Hill menempatkan kawasan tentera yang sebenarnya adalah kawasan larangn kepada orang awam.

Pendakian bermula dari Moongate di Jalan Kebun Bunga terus ke stesen 5, 84, dan seterusnya melalui Moniot Road, Viaduct Road, dan seterusnya Jalan Tuanku Yahya Petra menghala ke Western Hill.

Trek permulaan dari Moongate


menyusuri tangga pasir untuk ke stesen 5

laluan dari stesen 5 ke 84

dari stesen 5 nak ke 84 gradient naik dan menurun semula

Trail kena block dgn pokok tumbang
sampai di 84
Dari 84 kami terus ikut trail Moniot Road dan terus masuk Viaduct Road. Moniot road ni permulaan nature trail dan selepas tu ada trail bersimen.

rehat betul-betul bawah viaduct.
Bagi yang tak tau apa maksud viaduct, viaduct ni sejenis binaan yang dibina sebagai jambatan ataupun laluan bagi merentasi sesuatu lembah.


Dari bawah viaduct kami terus melalui Viaduct Road (jalan simen) sampailah ke pertembungan dengan jalan tar (Jalan Tuanku Yahya Petra). Dari situ pula kami terus ikut jalan tar untuk ke puncak Western Hill.


laluan ke Western Hill
Tapi, pendakian tak kesampaian. Abam-abam air force tak bagi naik sampai puncak sebab kawasan larangan orang awam. Pendakian puncak Western Hill hanya sampai betul-betul depan signboard kawasan larangan.

sampai sini ja mampu sampai


Perjalanan turun



Viaduct

Pemandangan dari puncak Bukit Bendera
Kali ni turun naik jip. Rezeki dapat tumpang jip bangla. Kebetulan pula masjid kat puncak renovate dan nak cepat turun nak semayang. 

sekian saja disini.. 

Nak baca perjalan-perjalan hiking aku bole tengok2 la.. ni last trip ke Gunung Jerai >> http://kucingbacakitab.blogspot.com/2015/07/catatan-musafir-pendakian-gunung-jerai.html
Dekat bawah post Jerai tu ada banyak lagi link2 hiking yang lain..

Sekian sekali lagi.. YANG KURANG DITAMBAH, YANG LEBIH HARAP HADAM-hs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI