>

01 September 2015

Mt Baling 3.0 Hike : The Merdeka Hike

Kali ketiga aku naik Gunung Baling, dah boleh jadi malim Gunung Baling. Kali ni kami berlima. Jam 9 pagi sampai di pekan Baling sempat makan di Nasi Kandaq Ketapang. 9 lebih kami sampai di starting point yang mana betul-betul dalam kawasan kampung tepi rumah orang.


Doa dulu sblm naik
Tepat jam 10 pagi pendakian naik bermula. Jalan masuk betul-betul sebela rumah orang kampung.

tumpang lalu tuan rumah

ada van + banyak moto, tandanya ramai hiking ke puncak
Macam biasa, Gunung Baling menjanjikan level kucuraman hampir 80 peratus dari pendakian. Start kena masuk ikut laluan semak dan bila dan masuk saja hutan akan terus jumpa dengan trek mencacak 45 darjah. 

permulaan laluan curam


Checkpoint pertama yang clear untuk rehat di dinding batu kapur. Sini port menarik untuk ambik gambar, rehat-rehat. Tapi satu ja yang tak best, banyak nyamuk.



dinding batu kapur yang menarik

trek berbatu yang curam selepas checkpoint pertama.



Habis trek mencacak selepas checkpoint 1, trek yang paling tenang, laluan yang gradientnya agak rata dan tak terlalu curam.

laluan rata


bermulanya laluan berbatu

antara laluan yang perlu memanjat batu (climbing)

menyusup di celah-celah batu



Hampir 2 jam mendaki kami sampai ke puncak berbatu. Tapi perjalanan masih lagi perlu diteruskan untuk ke puncak yang teduh dan puncak ikonik 'I'. Maka terpaksa tempuh laluan sempit di rabung gunung yang berbatu tajam dan sempit ditambah pula dengan bahang panas matahari & pantulan haba dari batu.



laluan perlu dilalui dengan hati-hati sebab batu tajam dan laluan yang sempit.
Sampai di kawasan teduh dibawah pokok buluh di puncak, kami bertemu hampir 20 orang pendaki lain yang berasal dari kampung berdekatan. Dari kawasan teduh, kami menuju ke lokasi ikonik Gunung Baling iaitu papan tanda huruf 'I'. Nak tau apa cerita di sebalik huruf 'I' tu boleh tengok post ni http://kucingbacakitab.blogspot.com/2014/11/ekspedisi-gunung-baling.html

puncak Pulai yang bersambung dengan puncak Baling.

pemandangan ke arah Grik

sampai sudah di huruf 'I'









Berjaya menawan puncak Baling maka kepuasan dinikmati, keindahan alam Tuhan disyukuri. Salam kemerdekaan ke 58. #sehatisejiwa 

Jam 1 lebih kami mula bergerak turun. Alhamdulillah 1 jam lebih selamat sampai ke bawah. Sungguh terbentang luas alam ciptaan yang Maha Esa.

Banyak lagi alkisah hiking boleh tengok... salah satu yang best yang ni>>

Nukilan oleh HS 10;50 pm 01/09/15
Foto : HS
Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS

1 comment:

Pn. Noriati Osman said...

Bestnya, nti nk try jgk...
kena hike sblh mlm kot, baru xpanas :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI