>

17 January 2016

Ride & Hike Cameron Highlands (Mt. Brinchang & Mt. Berembun) - Travelog & foto musafir [44 foto]

Anak muda bermotosikal kapcai memulakan pusingan roda merentas bumi bertar mencari sesudu teh pengalaman hidup yang tak mungkin dapat di pancing di depan cahaya led komputer ataupun cahaya kelip paparan telefon pintar.

Nukilan yang tak pasti sama ada klasifikasinya puisi, travelog, karangan autobiografi, dan lain-lain-lain..


HARI PERTAMA : RIDE KE GUNUNG BRINCHANG (2032m)

Dalam perjalanan mentari keluar dari kepungan syuruk, roda mula berputar di titik pertemuan di RnR Juru. Jam 9 pagi dua roda pada dua gandar berlainan di kali dengan dua set (2 buah jentera kapcai) memulakan musafir setelah mengisi full tank bahan bakar. Perjalanan mensasarkan negeri Cik Siti Wan Kembang. Kali kedua tangki diisi di tebingan Sungai Perak sebelum mendaki naik dipacu kuasa yang ditendang piston pada isipadu ruang pembakaran 110 & 125 setiap satunya. 

Cukuplah setakat di sini bahasa-bahasi longsai.. kembali pada bahasa senang difaham masyarakat majmuk satu Malaysia.

Perjalanan kami dari Juru, Pulau Pinang ke Lojing, Kelantan ambil masa 3 jam. Loging sebenarnya amik masa dalam 10 minit dari simpang ke Kampung Raja.

Sebelum ke Lojing, singgah kat port ni dulu shoot gambaq
Pintu gerbang simbolik negeri Kelantan

Di kiri Masjid Lojing, & kanan jalan turun ke Gua Musang.
Dari Lojing, Kelantan roda kembali berputar kembali ke bumi Pahang. Kami teruskan menjelajah di tanah tinggi yang diberi nama Tanah Tinggi Cameron. 

Check in hotel di Tanah Rata
 Destinasi & juga misi utama adalah ke jalanraya TERTINGGI di Malaysia, iaitu di puncak Gunung Brinchang. Ketinggian mencecah 2032 meter dari paras laut. Untuk ke sana, masuk ikut jalan ke ladang Boh Sungai Palas. 
Pemandangan ladang teh

Pemandangan ladang teh

Penat meneran gear satu, jentera berehat sebentar.
Perancangan asal sebenarnya nak hiking ke Gunung Irau. Tapi keadaan tak mengizinkan sebab aada renovation dan pemuliharaan.

Mossy Forest (laluan ke Gunung Irau) di tutup

Notis penutupan Mossy Forest

Papan tanda laluan Mossy Forest
 Dari tapak parking Mossy Forest, kami terus memanjat dengan kuasa petrol ke puncak Brinchang. Suhu puncak Brinchang sangat sejuk. Jam 5 petang suhu di anggarkan 15°C. 

Kiri kanan jalan sebenarnya adalah sebahagian dari Mossy Forest

Penghujung jalanraya TERTINGGI di Malaysia.

Dengan kapasiti 110 cubic centimeters bahan api dibakar sempurna menghasilkan torq sempurna demi ke puncak tertinggi.
 Di puncak Gunung Brinchang sebuah menara tinjau besi berdiri megah. Namun perlu hati-hati sebab faktor menara yang berkarat dan berlumut sebab kelembapan tinggi dan juga kecuraman anak tangga. Jangan terlampau ramai sebab risiko terlebih muatan dan menara bergoyang. Pemandangan dari sini Subhanallah tak terkata keindanhan ciptaan-Nya. Puncak Gunung Irau dan Gunung Suku turut kelihatan.

Gunung Irau

Pemandangan ke timur

Pemandangan ke barat

Mentari beransur turun mahu berlabuh

Pencawang di puncak Brinchang

Papan tanda ketinggian. Poli Kulim taja jauh2 sampai sini.
Batu penanda jarak milik JKR yang tertinggi di Malaysia. '1km' lagi puncak Brinchang.
Selesai menjamah pandangan indah ciptaan Sang Pencipta, kami turun meredah jalan tar dan sesetengahnya berbatu (keadaan jalan xelok)

Singgah di pondok kebun sayur di lereng jalan turun dari Gunung Brinchang

Kebun sayur

laluan di ladang teh
Turun dari puncak membawa roda berhenti sebentar di lembah teh yang subur menghijau. Kelibat homo-sapien yakni bani Adam menikmati alam Tuhan.




Selesai di ladang teh yang luas terbentang keterujaan terhenti kerana pintu masuk ke kawasan tertutup Ladang Boh Sungai Palas dah ditutup atas faktor tamat waktu melawat bagi pelancong. Maka roda bergerak turun menuju ke Tanah Rata yakni ke hotel penginapan.


HARI KEDUA : HIKING GUNUNG BEREMBUN (1840m)

Sebelum berlepas, menikmati dahulu cuaca segar pagi Tanah Rata. 

Suasana pagi di Tanah Rata

Pemandangan Gunung Berembun

Pendakian ke Gunung Berembun kami jelajahi melalui Jungle Walk 7 yang mana trail bermula dari kawasan Mardi Tanah Rata. Jadi maknanya kena bayar RM3 nak masuk Mardi. Sebenarnya trail ni memang tak tau dan hanya tau hasil rujukan dari apps wikimapia melalui peta layer OSM Map. Boleh tengok trail-trail trekking dalam Malaysia dengan apps ni. 

Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands

Nak jadi ceritanya ni kes hiking main rodong jalan. Betui kata pepatah Melayu, Malu bertanya sesat jalan. Cubaan pertama gagal cubaan kedua juga gagal dan membawa kami ke kawasan ladang sayur dan tak nampak signage trail hiking.

Sesat dalam kawasan tanaman sayur hidroponik
 Dah sesat jauh dalam kawasan ladang sayur, maka akhirnya pertanyaan mula dibuat kepada pekerja-pekerja ladang warga Bangladesh. Akhirnya baru dapat petunjuk ke trail. Trail Jungle Walk 7 kena masuk dan redah kawasan batas-batas sayur dan kawasan tanaman strawberi.

Signage pertama yang jumpa pada permulaan trail hutan

Laluan paku-pakis
 Laluan permulaan kena lalu semak paku-pakis yang hampir-hampir tutup trail. Trek landai dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan tontonan umum. Apa yang menarik, hutan sini juga di adanya lumut-lumut tumbuh di laluan dan batang pokok. Kiranya mossy forest jugak la.






laluan celah pokok.

Lumut-lumut menakluki lantai hutan di puncak Berembun
 Puncak Berembun teduh dengan pokok namun pemandangannya tak sangat luas. Dari puncak boleh lihat ke arah pekan Brinchang, Gunung Brinchang, Gunung Irau dan juga kelihatan puncak Gunung Suku, Perak. Ketinggian puncak Gunung Berembun adalah 1840 meter dari aras laut.

puncak Irau dan Brinchang

pemandangan hanya dari arah ni
 Tamat di Berembun maka tamatlah misi Ride & Hike. Jentera 4 lejang turun menuruni lembah pergunungan Titiwangsa. Di suatu kawasan gaung, sempat berhenti tengok pemadangan indah sekitar.

gaung dan bekas tanah runtuh


kesan tanah runtuh
Alhamdulillah perjalanan turun lancar walaupun kedua-dua jentera ada small error sikit. 

Link video penjelajahan dekat fb>>>
KLIK SINI

Nukilan oleh HS 11:30 pm 17/01/16
Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI