>

01 February 2016

SJCAM SJ4000 Action Camera review

Selalu hiking, trekking usung DSLR bawak masuk hutan sampai tercabut penutup connecter, eyepiecec kamera. Jadi penyelesaiannya angkat sebijik action cam. Ni nak bagi review sikit action cam yang baru angkat dari Lazada. SJ4000 Wifi ni dipilih sebab harga yang ketegori bajet la.

Delivered by Skynet. Tq abam Skynet mai hantaq dengan baik.

Untuk jenama SJCAM, kena jaga-jaga masa nak beli terutamanya online sebab SJCAM ni banyak tiruan. Kat Lazada sendiripun ada yang tiruan. Jadi kena pandai survey yang betul ori dan dari supplier yang harga paling sempoi kat Lazada tu.

Untuk SJ4000 Wifi ni, dapat dari Atcetera Solution di Lazada. SJ4000 ni angkat sekali dengan monopod, memori kad 32gb dan set beteri+charger.

Ni dia SJCAM SJ4000 Wifi. Yang pastinya ni betul-betul original

monopod

memori kad 32gb & set beteri & charger
Apa yang sempoi pasai SJCAM ni, bila beli dapat macam-macam aksesori yang tak dapat bila beli action cam jenama lain. Macam-macam mount ada, siap sekali dengan penutup waterproof replacement, dan macam-macam lagi la.

Ni dia aksesori yang dapat sekali.


Nak tau ori ka tak SJCAm, ada tepi kotak. kena scratch stiker silver tu & ada nombor pengesahan. Boleh semak nombor kat website rasmi SJCAM. Ataupun cara kedua nak tau ori ka tak senang ja, download official apps SJCAM di Playstore ataupun Appstore, kalau fon bole connect dengan apps tu maknanya ori la. Apss ni sempoi sebab boleh control kamera terus dari smartfon (cuma delay 1 saat).

sebelum scratch

selepas scratch. Ada kod pengesahan (saja bagi kabur dalam pic ni)

Ni dia SJ4000 Wifi. Warna hitam sebam. Cute ja.

Port HDMI, USB dan slot Micro SD. Nak caj beteri sambung USB (kabel dapat sekali ). 
 Untuk bateri, macam biasa la dapat sebijik ja dan nak caj terus sambung USB macam caj telefon. Cuma kat sini angkat sekali dengan sabijik lagi bateri+external charger sebab saja nak bagi ada backup power in case bateri habis ka, lupa caj ka. Bateri ia mampu tanah lebih kurang 80 minit kalau nonstop guna.

Bila dan sambung monopod ni jadi dia.

Plan boleh jadi nak angkat SJ4000 ni hasil daripada review kat youtube & forum review pasal kamera ni. Kelebihan dia compare dengan GoPRo, dia punya saturation memang sempoi. Biru langit nampak cantik, hijau daun pun terang. Nak compare quality memang GoPro menang la sebab biasa la kamera murah ni sebab sensor dia pun biasa ja. Antara pixel dan sensor, sebenarnya sensor mainkan peranan lebih besar. Tapi apapun, SJ4000 ni poih hati la. harga pun mampu milik. Yang penting pandai survey dan kena elak dari terbeli yang tak ori.


Video perbandingan Hero 3+ dengan SJ4000

 Sekian saja review..  Say bye bla..bla..blaa....

Nukilan oleh HS 10:50 pm 01/02/16
Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI