>

27 January 2018

Ride Terengganu Via Route 185 (10-12 Januari 2018)

Perancangan #otakseminit tanpa diduga terjadinya ride redah Route 185 (Jalan Persekutuan 185, Simpang Pulai-Gua Musang, Hulu Terengganu-Kuala Berang).  Maka teradilah ride 3 hari 2 malam ni.

Untuk info, route 185 merupakan Jalan Timur Barat Kedua manakala Jalan Timur Barat Pertama, adalah Jalan Persekutuan 4 (Kulim-Pasir Putih)

Dibarisi 3 jentera 150 (Yamaha FZ150i,Benelli RFS150i, Honda RS150R), balik kerja malam terus ke RNR Gunung Semanggol tidur sejam sebelum teruskan perjalanan jam 11 pagi. Isi penuh minyak di RNRGunung Semanggol RM7. 


Route perjalan pergi

Route yang kami lalui:-
1. Lebuhraya Utara Selatan E1/AH2 (AH2 adalah kod Lebuhraya Asia; Denpasar-Merak, Indonesia, Singapura-Khosravi Iran)
2. Jalan Persekutuan 185 (brkongsi jalan negeri A181,C181 Simpang Pulai-Blue Valley)
3. Jalan Persekutuan 8 (Route 185 terputus dari Gua Musang hingga Hulu Terengganu)
4. Jalan Persekutuan 1744 (Felda Ciku-hulu Terengganu)
5. Jalan Persekutuan 185 (Hulu Terengganu-Kula Jenderis)
6. Jalan Persekutuan 247
7. Jalan Persekutuan 3

Sejam Berikutnya 12 tghari kami tiba di Petronas Simpang Pulai untuk fulltank. Anggaran untuk fulltank kali ni sampai ke Gua Musang. Ternyata minyak ngamngam sampai Gua Musang. Apa pun laluan ni kena ada minyak backup sebab kalau bawak laju memang tak sempat minyak. Anggaran kelajuan kami dalam 70-90kmj sahaja.

sempadan Tanah Tinggi Cameron Pahang & Tanah Tinggi Lojing Kelantan

ladang pertanian Tanah Tinggi Lojing, Kelantan


Tiba di Gua Musang, moto kembali fulltank dan tuan moto pun berehat seketika menunaikan kewajipan kepada Pencipta dan kewajipan kepada perut.

bukit-bukit batu kapur di Gua Musang


Perjalanan dalam sejam dari Gua Musang tibalah di last fuelpump di Felda Ciku. Last untuk isi minyak sebelum menempun jalan 160km tanpa stesen minyak. jadual agak terlewat. Jam 6 petang masih di Felda Ciku menyusur masuk ke route 1744 dalam hujan renyai-renyai, jalan berlopak. Jam tujuh petang tiba di landmark Felda Aring 8.





Jalan pedalaman felda diredah, langit makin mula menunjukkan tanda-tanda sang mentari mau berlabuh. perjalanan masih jauh dan perlu diteruskan. Betul-betul Maghrib kami sampai di sempadan Kelantan-Terengganu.




Dari sempadan Hulu Terengganu, perjalan makin malap dan akhirnya menempuh jalan gelap gelita tanpa ada kenderaan lain melainkan kami. Lebih mencabar terpaksa meredah hujan yang kadang-kadang renyai dan kadangnya lebat. Paling lebat ketika melalui koner maut (malam cuma nampak blinker, reflector yg abam jkr pasang)

koner maut. byk eksiden sini. foto Shamfaizul Ariff  - Adventure Touring Malaysia FB.

Perjalanan berliku waktu malam akhirnya kami tiba di Kuala Terengganu jam 10 malam. Kelajuan hanya sekitar 60-80kmj dalam cuaca hujan,sejuk. Hotel dah booking siap-siap di Agoda.com. Dapat guesthouse di Bukit Besar Kuala Terengganu. Harga murah siap breakfast lagi ada. Bajet sorg RM50 untuk 2 malam.

Esoknya mulalah meronda sekitar bandar Kuala Terengganu.





Pantai Batu Buruk



tengok viral sangat dulu, pi sana tengok xda orang last2 google jumpa tempat makan lain lagi meriah. siap dapat rate dari tripvisor lagi. 


Hari ketiga mula bergerak balik. Balik ikut Kelantan dan guna laluan pantai. Sempat singgah di Pantai Penarik. Musim sekarang tengkujuh, angin sana memang luar biasa. 



Dari Penarik, terus mengahala ke Kelantan. Awalnya cuaca mendung saja, tapi masuk tengahari hujan mula turun sekitar Kelantan. Jam 8 lebih selamat mendarat di rumah. Laluan balik ikut laluan Perseketuan 3 dan 4.

Kos minyak untuk ride ni RM60 pergi balik
Penginapan RM50
Makan & lain2 RM90 (byk beli kopok)
JUMLAH RM200

Sekian saja nukilan tak terpadat.

photo by GoProhHero6
edit by Snapseed

Nukilan oleh HS 10:15 am 27/1/18
Sekian. Yang kurang Ditambah, Yang lebih Harap hadam-HS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2010-2014©HASIFI_SANI